Isnin, 9 Disember 2013

ALLAH MAHA PENGAMPUN..


" allah, terbaca 1 note dari seorang hamba allah, "


Sebesar manapun dosa kamu terhadap Allah, 

jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya...

Allah tidak pernah berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dariNya..
lantas teruslah kembali dekat kepada-Nya sekalipun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu..

Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarikmu ke neraka,
bagaimana kamu boleh berputus asa untuk menikmati jalan2 ke syurga??


:: sesungguhnya allah maha berkuasa diatas segala2nya,,, 

"allah, ampuni dosa2ku, berikan ku hidayah,agar dikuatkan iman yang lemah,
ku ingin menjadi seorang "BIDADARI SYURGA" . :'(

BIDADARI SYURGA


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan.. 



:: allah.. ku mohon redha darimu,, pimpin daku untuk mencari syurgamu,, :'(

LAYAR KEINSAFAN

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

NASIHAT

Apabila seseorang itu buat salah,
jelaskan apa kesalahan yang dibuatnya.


Marah dan terus marah,

Mencaci dan terus mengkritik kesalahannya,
itu bukan solusi terbaik.


Ianya hanya akan melahirkan individu pendendam 

dan kurang keyakinan diri..


Sedarlah,

orang yang hebat dalam gerak langkahnya, 
tetap budak hingusan pada mulanya.


Saya, kamu dan kita semua adalah manusia.

Manusia yang tidak sempurna.


Usah amalkan budaya mencaci,

tapi terapkan budaya menasihati.